Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

DR ISMAIL TAMBI LALI DENGAN KONTROVERSI

Dr. Ismail berharap kehadirannya 
dapat mengubah persepsi masyarakat 
terhadap kesihatan seksual Sekitar tahun 90-an, nama dan wajah  Dr. Mohd. Ismail Mohd. Tambi  sering terpampang di dada-dada akhbar,  majalah mahupun kaca televisyen,  yang hampir kesemuanya berkisar tentang soal jawab dan perbincangan mengenai kesihatan seksual wanita dan lelaki. Di sebalik populariti tersebut, beliau yang mesra disapa Dr. Ismail,  tidak sunyi daripada kontroversi termasuk  ada yang menyifatkan beliau sebagai seorang doktor lucah,  gemar bercerita tentang hal-hal sulit berkenaan dengan hubungan seksual. Hakikatnya, beliau bukan suka-suka ingin berkongsi maklumat dan cerita yang dianggap tabu dalam masyarakat. Sebaliknya, beliau menganggap sebahagian daripada tugasnya sebagai seorang doktor untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan berguna,  meskipun sedar akhirnya akan dicaci oleh segelintir yang tidak dapat menerima pemikiran tersebut. Bukan suatu t

KISAH PAKAR SAKIT TUAN, DR. ISMAIL TAMBI

Aku rasa semua orang kenal kalau sebut nama Dr. Ismail Tambi,  siapa lagi kalau bukan pakar sakit Tuan yang sering dijemput bagi ceramah di TV, radio dan mana-mana saja tu namun yang lawaknya, tak ramai yang mahu mengaku pernah jumpa Dr. Ismail kerana tak mahu orang tanya… ” Kau buat apa jumpa dia?” terus terang aku pernah jumpa dia,  semuanya bermula bila seorang sahabat aku risau kerana terdapat ketumbuhan di kawasan ‘anunya’ sahabat aku ni risau jikalau ketumbuhan itu adalah tanda-tanda serangan penyakit kanser… lalu sahabat aku ni pun mula makan tak lalu, resah dan monyok 24 jam,  duit dah banyak habis kerana berubat tapi tak lega-lega lalu tetiba aku teringat Dr. Ismail,  cuma aku risau kalau-kalau Dr. Ismail caj gila-gila, maklumlah, namapun doktor pakar “Ril, aku tak kisah berapa ribu pun aku sanggup, janji baik,”  kata member aku Lalu aku pun contact rakan-rakan wartawan aku  khususnya yang pernah mengendalikan ruangan kesihatan,  dari mer

SUNTIKAN UNTUK MEMBESARKAN KEMALUAN?

Vakum sudah, urut sudah, makanan tambahan pun sudah dan kegilaan terkini golongan lelaki adalah mendapatkan suntikan bagi kemaluan mereka supaya membesar biarpun teknik itu adalah prosedur haram yang tiada dalam amalan perubatan. Segelintir lelaki juga sanggup menyuntik sendiri selepas mendapatkan bahan suntikan haram itu  menerusi ejen di Internet dan tanpa pentauliahan perubatan. Lebih mengejutkan, ada individu yang mengambil suntikan itu hanya belajar kaedah suntikan di Internet tanpa mendapatkan nasihat pakar perubatan berkaitan. Difahamkan, suntikan untuk membesarkan alat kelamin boleh diperoleh dengan harga antara RM200 sehingga RM1,500 bergantung kepada tempoh tindak balas terhadap kemaluan pengambilnya. Pendedahan itu dibuat Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Thamby  yang menerima ratusan aduan berhubung kes suntikan pembesaran zakar  termasuk ada pesakit yang merujuk kepadanya untuk menerima rawatan. Menurutnya, suntikan dibuat pada bawah kulit alat k