Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

KELEBIHAN SENAMAN KEMUT

Senaman kemut memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita,  ia mampu memberi kesan positif menakjubkan.  Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis  seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak. Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut,  perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit. Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan,  tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.  Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung. Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada mas

SUKAR CAPAI EJAKULASI

SOALAN SAYA baru berusia 21 tahun.  Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai ejakulasi.  Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai ejakulasi dan ia mengambil masa lebih setengah jam. Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya?  Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani.  Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh.  Masalah lambat ejakulasi dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan. JAWAPAN Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin,  anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang,  tidak tahu mereka terkena jangkitan penyakit sifilis lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlym

CARA ONANI RISIKO HILANG KUALITI

SEBELUM ini, saya membincangkan masalah ejakulasi pramatang dan ereksi.  Minggu ini, saya mengetengahkan masalah cara onani yang diketahui keburukannya oleh lelaki dan perempuan tetapi masih melakukannya. Kebanyakan laman yang menyebut mengena onani menyatakan amalan itu normal untuk lelaki dan perempuan.  Ia boleh dilakukan sekadar untuk melegakan tekanan. Malangnya, penulis laman tidak menyatakan amalan itu berisiko mengakibatkan kerosakan kepada anggota kelamin atau membuatkan pengamalnya ketagih. Memandangkan anggota kelamin itu mengandungi tisu lembut, tisu pengembang, otot lembut, urat saraf dan pembuluh darah,  kemungkinan besar struktur itu cedera atau rosak fungsinya yang boleh membuatkan anggota itu tidak sempurna atau tidak berkualiti kemudian hari. Kadangkala perasaan teruja yang amat sangat boleh membuatkan pengamalnya menyentap dan menekan anggota kelamin dengan kuat,  sekaligus menyebabkan kecederaan dalaman. Tisu dalaman bole

AIR KENCING BERCABANG

Saya mengalami masalah kencing bercabang,  di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar. Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.  RAZAK Tampoi, Johor JAWAPAN Kencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita.  Ia boleh berlaku dan menjadi kembali sedia kala secara spontan. Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubang kencing melekat dan kemudian bahagian yang terlekat itu terbuka. Jika keadaan kencing bercabang itu kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air  atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan. Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut.  Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibat ketulan ‘isis‚ yang terjojol daripada mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil. Apabila papilloma atau kutil itu dibuang,  per

BERKHATAN KALI KEDUA

SOALAN BOLEHKAH saya berkhatan buat kali kedua?  Saya mahu lakukannya kerana kesan parut khatan pada zakar nampak ketara dan hodoh serta jahitan dilakukan doktor pada waktu itu tidak sempurna. Manaf SELANGOR JAWAPAN Prosedur berkhatan untuk lelaki membabitkan pembedahan bagi memotong kulit yang menutup kepala zakar supaya bahagian itu dapat dilihat.  Proses ini sebenarnya sangat mustahak kerana selain faktor kebersihan,  ia menjadi rawatan untuk lelaki yang mengalami masalah kulit penghujung zakar tidak terbuka  atau sempit yang turut dikenali sebagai ‘buta’ hingga menyukarkan kepala zakar keluar ketika ia ereksi. Yang saya faham, anda sudah menjalani prosedur berkhatan seperti mana lelaki Islam lain ketika kanak-kanak dulu  dan sekarang,  mahu berkhatan kali kedua kerana jahitan dilakukan doktor terdahulu hodoh.  Kes anda tidak termasuk dalam rawatan atau pemulihan prosedur berkhatan kerana kepala zakar tidak lagi memiliki kulit. 

ULSER KERANA SEKS ORAL

SOALAN Sudah tiga minggu saya menghidapi masalah ulser di mulut dan sudah tiga kali juga saya berjumpa doktor bagi merawat masalah ini. Sepanjang berjumpa doktor, saya mengambil pelbagai ubat serta ujian,  termasuk serology test HIV dan herpes yang menunjukkan keputusan negatif. Saya risau terkena jangkitan kelamin yang menyebabkan ulser di mulut akibat hubungan seks.  Bagi ujian saringan darah HIV, adakah saya perlu menunggu enam bulan untuk melakukan ujian itu? Ini membuatkan saya tertekan berikutan tidak tahu apa yang berlaku pada saya. ZUBIR Kuantan, Pahang  JAWAPAN Saya sering dikunjungi lelaki bergelar suami yang ketakutan dan resah kerana mengalami gejala yang mereka percaya penyakit kelamin akibat mengunjungi pelacur  atau melakukan seks rambang dengan kawan sekerja selain kenalan baru. Sesetengah daripada mereka kelihatan cemas kerana melakukan seks dengan isteri sebelum gejala penyakit ‘STI‚ atau penyakit kelamin yang mereka

'POWER' TIDAK SEMESTINYA HEBAT

Saya pernah ditanya sama ada ‘power ejakulasi’ iaitu ejakulasi dinamik seperti air mani terpancut keluar jauh adalah lebih baik daripada ejakulasi yang keluar biasa atau menitis.  Jawapan saya, jika air mani masuk ke dalam faraj, kehamilan boleh berlaku.  Ia semudah itu. Masih ramai tidak faham mengenai air mani dan berfikiran ejakulasi ‘power’ adalah hebat,  namun isteri masih belum hamil. Jangan salah sangka.  Sebenarnya, air mani keluar akibat tekanan cengkaman otot sistem ejakulasi dan otot lantai pelvis.  Jika anda mengawal otot lantai pelvis ketika mencapai ejakulasi,  ia akan terbantut atau tidak terasa. Perkara menahan kemut atau mengemut ketika ejakulasi biasanya dilakukan bagi mengawal masalah cepat klimaks dan kesannya ialah ejakulasi tidak terasa seperti biasa. Ada juga lelaki mempunyai otot lantai pelvis (otot kemut) yang kurang aktif dan tentu dia akan mengalami masalah ejakulasi tidak terasa. Jika itu masalah sebenar, cara p

DILEMA PENGANTIN BARU

CEPAT klimaks menjadi dilema kebanyakan lelaki yang baru mulakan hubungan keintiman seksual.  Mereka boleh mencapai ereksi dan mudah melakukan seks penetratif,  tetapi kurang daya kawalan rangsangan dan selalu klimaks apabila perasaan ghairah tercetus,  tidak dapat mengawal atau meredakan perasaan hendak klimaks. Sebilangan lelaki dapat mengawal ejakulasi selepas dapat mengenali rentak gerakan dan keghairahan.  Ada juga yang dapat mengekalkan ereksi walaupun selepas mencapai ejakulasi. Mereka yang gagal mengatasi masalah cepat klimaks akan terus dihantui dilema itu  dan cuba sedaya upaya menanganinya dengan apa cara,  termasuk yang berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan mereka serta pasangan. Teknik bersetubuh yang dapat melambatkan ejakulasi ialah apabila lelaki memasukkan ereksi sampai habis  serta melakukan tarikan dan tolakan pendek iaitu kemasukan ereksi secara tusukan. Cara tusukan memberi tekanan kepada penghujung e

SUKAR MEMBUAT TUSUKAN

Soal seksual sememangnya tidak dapat lari daripada sering dikaitkan dengan dunia mistik. Sebagai contoh, kita sering mendengar kisah si suami mendakwa tidak bernafsu ketika mahu melakukan hubungan intim dan lebih ‘menakutkan’, tidak dapat ‘menembusi’ faraj isteri. Apabila bertemu bomoh atau dukun, pelbagai andaian diberi, seperti nafsu suami atau isteri terkunci gara-gara penangan sihir. Lantas, tanpa usul periksa semua arahan bomoh atau dukun diikuti sehingga ‘terbang’ wang beribu-ribu ringgit, tetapi masalah dihadapi tidak selesai. Itulah risikonya jika tidak mahu bertanya, mengkaji atau meminta pendapat pakar yang lebih arif dalam hal sedemikian. Dalam perubatan moden, apa yang berlaku ialah ketika pasangan hendak bersama, isteri mungkin dalam keadaan takut, maka hilang daya kawalan fizikalnya sehingga ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing, yang mana secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya. Ini menyukarkan s