Skip to main content

KELEBIHAN SENAMAN KEMUT





Senaman kemut memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, 

ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. 

Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis 

seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, 

perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, 

tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. 

Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, 

menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. 

Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali.

Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, 

ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, 

sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, 

angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar 

seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, 

sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, 

pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. 

Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan


RUANGAN IKLAN
(DISCLAIMER: Iklan dibawah ini tiada kaitan dengan Dr Ismail Tambi. Iklan dibawah sebagai alternatif iktiar kepada lelaki yang ada lemah tenaga lelaki)



CARA MUDAH DAN PANTAS UNTUK BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA MASALAH LEMAH TENAGA LELAKI TANPA KESAN SAMPINGAN UBAT KUAT

Kesan Seawal 7 Hari, Berdaftar Dengan SSM- SSP Training Centre (KT0361352-H), 6,016 Orang Peserta Sejak 2015, Jaminan Wang Dikembalikan [PENUH] Sekiranya Tiada Sebarang Perubahan Positif

Klik butang dibawah untuk tahu lebih lanjut.

Comments

  1. Satu senaman tradisional untuk kaum lelaki bagi menjaga prestasi zakar

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment