Skip to main content

AIR KENCING BERCABANG





Saya mengalami masalah kencing bercabang, 

di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar.

Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar. 

RAZAK
Tampoi, Johor
JAWAPAN

Kencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. 

Ia boleh berlaku dan menjadi kembali sedia kala secara spontan.

Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubang kencing melekat dan kemudian bahagian yang terlekat itu terbuka.

Jika keadaan kencing bercabang itu kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air 

atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. 

Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibat ketulan ‘isis‚ yang terjojol daripada mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil.

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang, 

perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang.

Jika air kencing masih keluar bercabang walaupun anda mengepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing, 

anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan pula anda cuba mencucuk lubang kencing dengan lidi atau dawai kerana boleh memberatkan lagi masalah.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

RUANGAN IKLAN
(DISCLAIMER: Iklan dibawah ini tiada kaitan dengan Dr Ismail Tambi. Iklan dibawah sebagai alternatif iktiar kepada lelaki yang ada lemah tenaga lelaki)



CARA MUDAH DAN PANTAS UNTUK BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA MASALAH LEMAH TENAGA LELAKI TANPA KESAN SAMPINGAN UBAT KUAT

Kesan Seawal 7 Hari, Berdaftar Dengan SSM- SSP Training Centre (KT0361352-H), 6,016 Orang Peserta Sejak 2015, Jaminan Wang Dikembalikan [PENUH] Sekiranya Tiada Sebarang Perubahan Positif

Klik butang dibawah untuk tahu lebih lanjut.

Comments