Skip to main content

KETUAT PADA ALAT KELAMIN





Lelaki sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, bijian, kudis dan ketulan.

Sebenarnya, ia tidak perlu dirisaukan.

Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan

jika masalah itu memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan atau membahayakan.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti `daging' yang berjuntai di keliling penghujung zakar,

tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau `warts'.

Kadangkala bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna.

Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit,

manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza.

Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya,
anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan.

Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan atau 'sistem imun'.

Jika benar jangkitan kulit itu ketuat,

doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ia boleh hilang dan pulih seperti sedia kala.

Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah menjadi kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Ramai tidak tahu sebenarnya ketuat boleh berjangkit melalui hubungan seks.

Buat masa ini golongan lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti yang digalakkan kepada perempuan berumur sembilan hingga 26 tahun.


Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Artikel HARIAN METRO ini disiarkan pada : 16/03/2014

RUANGAN IKLAN
(DISCLAIMER: Iklan dibawah ini tiada kaitan dengan Dr Ismail Tambi. Iklan dibawah sebagai alternatif iktiar kepada lelaki yang ada lemah tenaga lelaki)



CARA MUDAH DAN PANTAS UNTUK BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA MASALAH LEMAH TENAGA LELAKI TANPA KESAN SAMPINGAN UBAT KUAT

Kesan Seawal 7 Hari, Berdaftar Dengan SSM- SSP Training Centre (KT0361352-H), 6,016 Orang Peserta Sejak 2015, Jaminan Wang Dikembalikan [PENUH] Sekiranya Tiada Sebarang Perubahan Positif

Klik butang dibawah untuk tahu lebih lanjut.

Comments