Skip to main content

RADANG PUNCA ZAKAR BENGKAK & GATAL




SOALAN: 

Baru-baru ini saya mengalami bengkak di kawasan kepala zakar selain gatal di bahagian bawahnya. 

Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan apa puncanya, tetapi ia mengganggu kehidupan saya. 

Adakah ia penyakit kulit atau berkaitan alat kelamin?

FAIZAL
Ipoh, Perak


JAWAPAN: 

Kulit anggota kelamin lelaki daripada jenis lembut yang berlapik tisu pengembang. 

Jika kering, kulit itu akan terasa tegang dan gatal. 

Jika digaru, tisu pengembang di bawahnya akan mengembang dan membuatkan kulit mengalami keradangan.

Membasuh anggota kelamin menggunakan sabun dengan kerap boleh membuatkan kulit kering dan gatal. 

Untuk mengekalkan bahan pelembap semula jadi dalam klut zakar, sebaik-baiknya cuci anggota kelamin dengan sabun pelembap dan setelah dikeringkan, sapu ia dengan krim pelembap.

Keradangan kulit ¬biasanya tidak menyebabkan gatal, kecuali jika ia berpunca daripada jangkitan kulat. 

Antara punca kelengkang terdedah pada keradangan iaitu ‘contact dermatitis’ adalah disebabkan penggunaan pakaian dalam yang mengandungi getah di bahagian kelangkang.

Guna pakaian dalam longgar bagi memudahkan pergerakan angin kerana ia memberi keselesaan pada alat sulit. 

Jika keradangan dialami tidak selesai dengan penggunaan krim pelembap, kemungkinan ia disebabkan jangkitan kulat dan anda wajib berjumpa doktor.

Elak menggunakan barangan atau produk ubatan lain tanpa nasihat doktor bertauliah.


Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Artikel HARIAN METRO ini disiarkan pada : 13/04/2014


RUANGAN IKLAN
(DISCLAIMER: Iklan dibawah ini tiada kaitan dengan Dr Ismail Tambi. Iklan dibawah sebagai alternatif iktiar kepada lelaki yang ada lemah tenaga lelaki)



CARA MUDAH DAN PANTAS UNTUK BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA MASALAH LEMAH TENAGA LELAKI TANPA KESAN SAMPINGAN UBAT KUAT

Kesan Seawal 7 Hari, Berdaftar Dengan SSM- SSP Training Centre (KT0361352-H), 6,016 Orang Peserta Sejak 2015, Jaminan Wang Dikembalikan [PENUH] Sekiranya Tiada Sebarang Perubahan Positif

Klik butang dibawah untuk tahu lebih lanjut.

Comments

  1. Assalamualaikum wbt dr

    Ssejak 4 ari ni.. Zakar sya(dibatang dan tempat jahit tu mengalami bengkak2).cam cendawan. Hahah

    Bila dipegang sakit... Dan kecing ok..

    Risau jgk sbb banyak hari camni. Sya igt zakar mngalami pembesaran..

    Ase cm nanah. Nak kata kena gigitan binatang x...

    Pe yg sya harus buat.

    ReplyDelete

Post a Comment